Penampilan perdana Ferrari FXX K di Abu Dhabi

0
194

Ferrari FXX K yang diadaptasi daripada model LaFerrari merupakan sebuah model di dalam program penyelidikan dan pembangunan, bakal melakukan penampilan pertamanya pada minggu depan di Litar Yas Marina, Abu Dhabi.

Kereta ujian makmal itu merupakan model hibrid pertama Ferrari, di mana huruf K memberi makna kepada “KERS” yang merupakan singkatan daripada perkataan ‘Kinetic Energy Recovery System’ yang digunakan untuk memaksimum prestasinya di trek.

Ferrari FXX K dikuasakan enjin V12 6,262cc yang menghamburkan kuasa keseluruhan sehingga 1050 cv (1,036bhp) hasil gabungan enjin V12 (860 cv) dan motor eletrik (190 cv). Tork maksimumnya setinggi 900Nm.

Sama ada model pembangunan FXX K ini akan digunakan untuk menghasilkan supercar untuk kegunaan di litar atau bakal dipandu di jalanan secara sah, reka bentuk dan teknologinya ternyata menarik minat semua pencinta jenama ‘The Prancing Horse’ itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here