Model konsep Lexus LF-C2 muncul di LA Auto Show 2014

0
63

Dalam pamerannya di Los Angeles Auto Show 2014 (21 – 30 November 2014), Lexus turut mempamerkan sebuah model konsep terbaharunya yang diberi nama Lexus LF-C2.

Merupakan sebuah model konsep dalam reka bentuk roadster mewah dengan tempat duduk 2+2, model tersebut masih berada di peringkat pembelajaran demi memperlihatkan kepada para pelanggan di seluruh dunia mengenai apa yang bakal ditawarkan oleh Lexus.

Model konsep Lexus LF-C2 mempunyai ukuran panjang 4,715mm, dengan lebar dan tinggi masing-masing pada ukuran 1,840mm dan 1,385mm. Tampil dalam warna kuning keemasan, ianya turut dilengkapi rim aloi bersaiz 20 inci.

Setakat ini masih belum dapat dipastikan sama ada model konsep tersebut akan menjadi realiti atau pun tidak, atau tarikh sebenar bila ia akan memasuki pasaran nanti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here