Model konsep Audi prologue di LA Auto Show 2014

0
117

Audi dikatakan telah melancarkan era baru untuk gaya reka bentuk kenderaannya melalui pengenalan model konsep Audi prologue di Los Angeles Auto Show 2014.

Model konsep Audi prologue (The Audi prologue show car) merupakan sebuah model coupe dua pintu bersaiz besar yang mempunyai ukuran binaan panjang 5.10 meter, jarak roda 2.94 meter, lebar 1.95 meter dan dengan ketinggian 1.39 meter.

Teknologi model tersebut menggabungkan kuasa, keselesaan dan kecekapan. Enjin TFSI 4.0 liter yang melengkapinya menghasilkan kuasa sehingga 605PS dan tork 750Nm, membolehkannya memecut dari 0 – 62mph dalam tempoh hanya 3.7 saat.

Adalah menarik untuk kita semua menantikan ketibaan model-model terbaharu generasi terkini Audi, yang mungkin diasaskan sepenuhnya dari gaya rekaan Audi prologue.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here