Dua model baharu Ducati dipamerkan di EICMA 2014 – Multistrada 1200 & 1299 Panigale

0
242

Pameran motosikal terbesar EICMA 2014 yang berlangsung di Milan, Itali baru-baru ini telah berlangsung dari 6 sehingga 9 November 2014. Pelbagai jenis model motosikal terbaharu termasuk versi kemaskini terkini telah dipamerkan kepada umum.

Ducati merupakan salah sebuah jenama motosikal terkenal dunia yang mengambil bahagian dalam pameran tersebut, dengan mempamerkan dua model yang dibangunkan baharu sepenuhnya – Ducati Multistrada 1200 dan Ducati 1299 Panigale. Selain itu turut dipamerkan ialah versi terkini Panigale R, Diavel Titanium dan Monster Stripes.

Bagi model Ducati 1299 Panigale, ianya dilengkapi enjin Superquadro berkapasiti 1,285cc, yang berupaya menghasilkan prestasi setinggi 205hp @ 10,500rpm dengan tork maksimum luar biasa 144Nm @ 8,750rpm. Menurut Ducati, 1299 Panigale kini menjadi penanda aras terbaru untuk superbike jalanan berprestasi tinggi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here