Ducati Malaysia lancar Ducati Diavel 2015

0
344

Pada penghujung bulan Oktober yang lepas, Next Bike Sdn Bhd (Ducati Malaysia) secara rasminya melancarkan Ducati Diavel 2015 untuk pasaran tempatan.

Majlis pelancaran dua varian model berkenaan iaitu Diavel dan Diavel Carbon 2015 berlangsung di KL Tower Megaview Banquet Hall. Pada masa yang sama, program Asia Ducati Week (ADW2014) kali ke-3 juga baru saja bermula dari 24 – 26 Oktober 2014.

Antara yang hadir dalam majlis pelancaran itu ialah Datuk Wira HJ SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin (NAZA Group of Companies Joint Group Executive Chairman), Mr. Pierfrancesco Scalzo (Ducati Asia General Manager) dan Mr. Juan Chow Wee (Associate Vice President, Next Bike Sdn Bhd).

Selain itu, penampilan istimewa dua penunggang Ducati Corse MotoGP, Andrea Dovizioso, Cal Crutchlow dan Pasukan Ducati Corse nyata telah mengejutkan para pengunjung yang menyertai program ADW2014.

Untuk pasaran Malaysia, Ducati Diavel 2015 ditawarkan pada harga RM109,888.00 (net selling price), sementara Ducati Diavel Carbon 2015 berharga RM126,888.00 (net selling price).

Spesifikasi Ducati Diavel 2015 :

  • Engine: Testastretta 11°, L-Twin cylinder, 4 valve per cylinder, Dual Spark, Desmodromic, liquid cooled
  • Displacement: 1198.4cc
  • Bore & Stroke: 106 x 67.9mm
  • Compression Ratio: 12.5:1
  • Power: 162hp (119kW) @ 9250rpm
  • Torque: 96.2lb-ft (130.5Nm) @ 8000rpm
  • Fuel Injection: Mitsubishi electronic fuel injection system. Mikuni elliptical throttle bodies with RbW.
  • Exhaust: Lightweight 2-1-2 system with catalytic converter and two lambda probes. Twin aluminium mufflers
  • Emissions: Euro 3
  • Gearbox: 6-speed
  • Front Brake: 2 x 320mm semi-floating discs, radially mounted Monobloc Brembo callipers, 4-piston with ABS
  • Rear Brake: 265mm disc, 2-piston floating calliper with ABS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here