Pengenalan eksklusif Ducati Scrambler 2015 di Malaysia

0
339

Pada 19 Oktober 2014 yang lalu bertempat di Beach Club, Kuala Lumpur, Next Bike Sdn Bhd (Ducati Malaysia) secara eksklusif memperkenalkan Ducati Scrambler 2015 di Malaysia. Model terbaharu itu sebelum ini telah membuat kemunculan dunia di INTERMOT 2014.

Ducati Scrambler 2015 diperkenalkan menjelang program Asia Ducati Week 2014 yang telah berlangsung dari 24 sehingga 26 Oktober 2014, juga bersempena dengan berlangsungnya perlumbaan MotoGP Malaysia yang diadakan di Litar Antarabangsa Sepang baru-baru ini.

Model berkenaan diperkenalkan semula sebagai generasi terbaharu model Scrambler yang pernah dikeluarkan oleh Ducati sebelum ini, di mana ianya muncul semula di pasaran dunia dengan reka bentuk yang lebih moden dan enjin yang lebih berkuasa.

Dalam majlis pengenalan yang diadakan itu, Next Bike Sdn Bhd telah mempamerkan model Ducati Scrambler Icon 2015 yang merupakan model terkini untuk model Icon versi tahun 1970-an. Untuk pasaran Malaysia, barisan penuh setiap model Ducati Scrambler 2015 akan dilancarkan mulai suku pertama 2015 akan datang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here