Motosikal Demak D7 Classic muncul dalam Mudah.my

0
800

Hari ini penulis mendapat maklumat terbaru dari salah seorang pembaca yang menggelarkan dirinya Fankeretamoto, berkenaan sebuah model motosikal terbaharu Demak D7 Classic. Model yang tidak pernah dilihat itu telah diiklankan di dalam laman jual beli popular Mudah.my, memperlihatkan reka bentuk klasiknya yang agak unik. 

Harga Demak D7 Classic sangat murah, hanya RM3,980.00 OTR, menurut sumber dari wakil penjual yang mengiklankan model tersebut. Tiada maklumat lanjut mengenai spesifikasi enjin dan lain-lain, selain empat warna yang ditawarkan iaitu hitam, merah, putih dan biru. Jika ada maklumat lain, insyaallah nanti penulis kongsikan lagi di sini.

p/s : Terima kasih Fankeretamoto kerana sudi berkongsi maklumat.. 🙂

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here