Audi perkenal model konsep TT Sportback

0
307

Bertempat di pameran automotif antarabangsa Paris Motor Show 2014, Audi telah memperkenalkan versi baharu Audi TT yang kini tampil dalam reka bentuk konsep dengan mempunyai empat pintu. Tambahan dua pintu belakang untuk model konsep Audi TT Sportback itu dilakukan bagi menunjukkan potensi yang ada pada keluarga TT pada masa depan.

Model konsep Audi TT Sportback mempunyai 29 cm ukuran panjang tambahan berbanding model TT ‘standard’, di mana ianya mempunyai empat tempat duduk penuh di dalamnya. Penjana kuasanya pula ialah enjin TFSI 2.0 liter dengan keluaran kuasa 400PS dan tork 450Nm, yang kemudiannya dipadankan transmisi klac berkembar S tronic tujuh kelajuan. Audi TT Sportback Concept mampu memecut dari 0 ke 100 km/j dalam tempoh hanya 3.9 saat.

Setakat ini masih belum dapat dipastikan sama ada versi pengeluaran Audi TT Sportback akan menjadi realiti atau pun tidak pada masa akan datang, namun potensi model tersebut sangat jelas melalui gambar-gambar rasmi yang disiarkan oleh Audi, saksikan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here