Rupa-rupanya Modenas menunggang uji model Zongshen Z-One

1
666

Artikel ini merupakan lanjutan daripada artikel terdahulu yang bertajuk “Modenas sedang menguji motosikal baharu, reka bentuk hampir sama seperti Demak DZM 200” (sila rujuk di sini), namun ketika itu penulis tidak mempunyai idea motosikal jenama apakah yang sedang diuji oleh Modenas itu.

Akhirnya terima kasih kepada pembaca Abam Kesepian yang akhirnya telah memberikan penulis petunjuk bahawa model yang sedang diuji oleh Modenas itu berkemungkinan ialah sebuah motosikal buatan syarikat pengeluar dari negara China yang bernama Zongshen.

Ketika ini motosikal buatan Zongshen masih belum ditawarkan di pasaran Malaysia, namun di pasaran Thailand syarikat tersebut telah menawarkan beberapa model yang boleh dikatakan agak menarik. Dua daripadanya ialah model yang sedang diuji oleh Modenas iaitu Zongshen ZSR125GY dan Zongshen Z-One.

Adakah ini bermakna bahawa Modenas telah menjalinkan kerjasama dengan syarikat Zongshen dari China untuk mengeluarkan semula (rebadge) model-model motosikal buatan syarikat tersebut? Setakat ini persoalan itu masih belum dapat disahkan kerana Modenas mungkin belum membuat sebarang keputusan rasmi.

Mengenai motosikal Zongshen Z-One yang dijual di pasaran Thailand ketika ini, model tersebut dilengkapi enjin 200cc dengan reka bentuk dan pilihan warna yang sporty dan menarik. Salah satu daripadanya berwarna hijau, sama seperti unit tunggang uji milik Modenas yang penulis temui tempoh hari.

Jika benar Modenas akan mengeluarkan semula motosikal keluaran Zongshen melalui proses ‘rebadging’ untuk pasaran tempatan, adakah anda berpendapat langkah tersebut sudah cukup baik? Atau adakah sepatutnya Modenas membangunkan sendiri motosikal keluarannya bermula dari proses lakaran? Berikan pendapat anda dalam ruangan komen di bawah.

1 COMMENT

  1. dua hari yang lepas ,aku ternampak 2 motorsikal yang di uji dekat rawang ,dari belakang macam lc 135 yg lampu signal menonjol keluar,tetapi ekzos nya agak berlainan,aku tak sempat nak rakam kerana dipandu laju,minta arena siasat kes ini…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here