
Pengeluar motosikal ternama Itali, Ducati turut mengambil bahagian dalam persembahan di INTERMOT 2014 yang berlangsung di Cologne, Jerman dari 30 September sehingga 6 Oktober, dengan memperkenalkan jenama baharu Ducati Scrambler.
Bercirikan motosikal retro, empat model Ducati Scrambler dipamerkan kepada para pengunjung iaitu Icon, Urban Enduro, Full Throttle dan Classic, masing-masing dengan gaya dan prestasi yang tersendiri.
Dikuasakan enjin “an oil and air-cooled L-twin two-valve 803 cc”, Ducati Scrambler akan berada di pasaran mulai penghujung Januari 2015. Model pertama yang boleh didapati daripada empat versi tersebut nanti ialah Icon.
- Video – Ducati announce new 2015 Ducati Scrambler