Debut Ferrari 458 Speciale A di Paris Motor Show 2014

0
103

Ferrari baru-baru ini mengumumkan debut dunia model terbaharu 458 Speciale A (A untuk Aperta) yang bakal muncul di Paris Motor Show 2014. Model edisi terhad itu tampil dalam versi spider, meneruskan lagi kejayaan versi coupe yang diperkenalkan sebelum ini.

Dengan hanya 499 unit dikeluarkan, 458 Speciale A ialah model spider paling berkuasa di dalam sejarah Ferrari. Bumbung jenis ‘retractable hard top’ padanya diperbuat daripada aluminium, mengambil masa kira-kira hanya 14 saat untuk dibuka dan ditutup.

Ferrari 459 Speciale A dilengkapi enjin V8 dengan hamburan kuasa sehingga 605 cv bersama-sama tork setinggi 540Nm pada 6,000rpm. Pecutannya pula dilakukan dalam tempoh 3.0 saat dari 0 ke 100 km/j, catatan masa yang cukup cemerlang.

  • Video – Ferrari 458 Speciale A official video

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here