Modenas sedang menguji motosikal baharu, reka bentuk hampir sama seperti Demak DZM 200

0
287

Baru-baru ini penulis terserempak dengan sebuah model motosikal kecil yang mungkin sedang dibangunkan oleh Modenas, seperti mana yang penulis siarkan dalam artikel terdahulu beberapa hari yang lepas.

Hari ini penulis terserempak pula dengan sebuah lagi model terbaharu yang diyakini bakal diperkenalkan oleh Modenas tidak lama lagi, sedang ditunggang uji berdekatan Pekan Guar Chempedak, Gurun, Kedah.

Reka bentuk motosikal terbaharu itu berdasarkan pemerhatian penulis mirip model Demak DZM 200, namun ianya kelihatan lebih bergaya dan sporty. Model tersebut berwarna hijau sepenuhnya tanpa sebarang pelekat grafik, besar kemungkinan memiliki enjin dalam sesaran 150cc.

Modenas ketika ini diketahui sedang membangunkan sendiri enjin 150cc, anda boleh rujuk artikel terdahulu di sini untuk maklumat lebih lanjut. Bagaimanapun penulis agak kecewa kerana tidak sempat merakamkan gambar model terbaharu keluaran Modenas itu, memandangkan ketika itu penulis sedang memandu.

Sama ada ianya adalah benar-benar sebuah model ‘naked’ 150cc terbaharu keluaran Modenas atau pun tidak, tunggu laporan selanjutnya kerana penulis akan sentiasa cuba merakamkan gambar motosikal tersebut yang kebiasaannya sering ditunggang uji tidak jauh dari kilang Modenas di Gurun, Kedah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here