Jaguar XE diperkenalkan, bakal muncul di Paris 2014

0
28

Jaguar XE serba baharu bukan saja tampil dengan rekaan yang cukup menarik, malah binaannya menggunakan struktur ringan yang canggih, bahagian dalaman yang mewah dan ciri pemanduan dan pengendalian yang cemerlang.

Model sedan pacuan roda belakang itu turut mempunyai kelebihan dari segi harga jualan berbanding pesaingnya, apabila bakal ditawarkan pada harga permulaan serendah hanya £27,000 (kira-kira RM143,796.08) untuk pasaran UK.

Jaguar XE serba baharu akan mula dijual mulai tahun depan, dengan model berprestasi tinggi S merupakan varian teratasnya. Butiran lengkap model berkenaan akan diumumkan di Paris Motor Show 2014 pada tarikh 2 Oktober depan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here