Gaya dan prestasi Peugeot 308 GT serba baharu

0
124

Model pemenang anugerah Peugeot 308 yang menempa kejayaan tersendiri di pasaran Eropah, kini tampil dalam versi terbaharu lebih bergaya dan berprestasi.

Diberi nama Peugeot 308 GT, model tersebut akan ditawarkan bersama-sama dua sistem penjana kuasa petrol dan diesel, dengan ketinggian yang direndahkan (lowered ride height) dan ciri-cirinya yang unik disertai spesifikasi yang lebih tinggi.

Peugeot 308 GT serba baharu didatangkan dalam dua versi, Hatchback dan SW, akan dilengkapi enjin petrol empat silinder 1.6 liter THP 205 Stop&Start dengan kotak gear manual enam kelajuan, menghasilkan sehingga 285Nm tork maksimum.

Versi diesel pula memperlihatkan kehadiran enjin empat silinder 2.0 liter BlueHDi 180 yang turut menawarkan prestasi pada paras tertinggi, dengan kuasa kuda sebanyak 180hp pada 3,750rpm dan tork maksimum 400Nm pada 2,000rpm.

Peugeot 308 GT serba baharu akan muncul secara rasmi di pameran automotif antarabangsa Paris Motor Show 2014 dalam bulan Oktober ini, sebelum penghantaran pertamanya bermula dalam bulan Januari 2015.

Dua varian PEUGEOT 308 GT :

  • GT 205 with 1.6-litre THP 205 Stop&Start engine and six-speed manual gearbox: 130g CO2/km and 50.4mpg for the Hatchback, 134g CO2/km and 48.7 mpg for the SW.
  • GT 180 with 2.0-litre BlueHDi 180 engine and EAT6 six-speed automatic gearbox: 103g CO2/km and 70.6mpg for the Hatchback, 107g CO2/km and 68.9 mpg for the SW.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here