Warna baru Yamaha 135LC SS 2014 – Oren, Hitam & Kelabu

0
2059

Jika semasa ini anda melayari laman sesawang rasmi Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd, anda akan dapati tiada sebarang perbezaan untuk model Yamaha 135LC Extreme Spirit dan Yamaha 135LC Super Sport untuk versi tahun 2014.

Bagaimanapun di pasaran semasa ketika ini, Yamaha 135LC Extreme Spirit telah tampil dengan warna dan grafik terbaharu dalam versi GP Edition 2014. Begitu juga dengan warna barunya Oren dan Hitam yang boleh anda saksikan di sini.

Terkini menurut laman Facebook BLH Motor (rujuk gambar di atas), Yamaha 135LC Super Sport juga telah didatangkan dalam penampilan baru yang tidak kurang hebatnya, apabila model tersebut dipadankan warna baru Oren, Hitam dan Kelabu.

Sumber : Facebook BLH Motor

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here