Tempahan Proton IRIZ kini melebihi 17,000 unit

0
390

Jika Perodua berbangga dengan jumlah tempahan Perodua Axia yang kini melebihi 20,000 unit sejak tempahannya mula dibuka kepada orang ramai, Proton juga tidak kurang hebatnya dengan model kompak terbaharu Proton IRIZ.

Berdasarkan maklumat yang penulis perolehi daripada keratan akhbar yang disiarkan di dalam laman Facebook baru-baru ini, jumlah tempahan untuk Proton IRIZ sejak tempahannya mula dibuka ialah sebanyak 17,000 unit.

Fakta tersebut sangat jelas menunjukkan bahawa Proton IRIZ telah mendapat sambutan hangat daripada rakyat Malaysia. Menurut laporan akhbar itu lagi, jumlah tempahan 17,000 unit itu dicapai sebelum hari pelancaran rasminya pada 25 September 2014 yang lalu.

Ini bermakna selepas tiga hari pelancaran Proton IRIZ, jumlah tempahan untuk model sporty dengan ciri-ciri keselamatan terkini itu dipercayai telah menghampiri jumlah 20,000 unit, atau mungkin lebih. Nampak gayanya Proton IRIZ bakal memacu Proton untuk kembali berada di kedudukan sebagai pengeluar kereta nombor satu di Malaysia.

Proton IRIZ dilancarkan dalam lapan varian kesemuanya, dengan pilihan enjin 1.3 liter VVT dan 1.6 liter VVT, disertai pilihan transmisi manual lima kelajuan dan automatik CVT. Harga yang ditawarkan pula bermula dari RM42,438.00 sehingga RM62,888.00.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here