Pelajar kolej berusia 20 tahun menang Proton IRIZ

0
184

Masih ingat lagi dengan “Peraduan Nama Siapa Hebat” yang dianjurkan oleh Proton dalam bulan Jun 2013 yang lalu? Peraduan tersebut menghendaki peserta mencipta nama yang paling menarik dan hebat untuk model kompak serba baharu keluaran Proton.

Akhirnya setelah lama menunggu dalam tempoh lebih setahun, Proton telah mengumumkan nama pemenang peraduan tersebut. Pemenang “Peraduan Nama Siapa Hebat” ialah seorang pelajar kolej swasta berusia 20 tahun, Rishalaini a/p Alagapan, yang membawa pulang hadiah utama berupa sebuah Proton IRIZ 1.6 Premium (CVT).

Hadiah istimewa itu disampaikan oleh CEO Proton, Dato’ Abdul Harith Abdullah kelmarin dalam suatu majlis ringkas yang diadakan bersempena hari terbuka Proton Alami, yang berlangsung di Kompleks Pusat Kecemerlangan Proton di Shah Alam, Selangor.

Menurut Proton, peraduan yang dianjurkan itu telah menerima penyertaan yang cukup menggalakkan, di mana sebanyak 44,650 penyertaan telah diterima. Kepada Rishalaini, tahniah diucapkan kerana menjadi orang pertama memiliki Proton IRIZ.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here