Tempahan untuk Perodua Axia meningkat lebih 20,000 unit

0
117

Perodua baru-baru ini melalui siaran akhbar rasmi mereka yang bertarikh 24 September 2014, telah mengumumkan bahawa model kompak Perodua Axia yang baru saja dilancarkan telah menerima tempahan lebih daripada 20,000 unit.

Perodua Axia merupakan kereta pertama di pasaran Malaysia yang menerima pengiktirafan sebagai kereta cekap tenaga (EEV). Model tersebut dijual pada harga mampu milik serendah RM24,600.00 sehingga RM42,530.00 (Semenanjung Malaysia).

Setakat ini menurut Perodua, sambutan orang ramai terhadap model Axia sangat menggalakkan. Oleh itu pihak Perodua telah membuka bilik pameran mereka sehingga jam 12.00 tengah malam bermula 25 September sehingga 28 September 2014 ini.

Sepanjang tempoh itu, orang ramai juga berpeluang untuk memandu uji kenderaan Perodua sehingga ke tengah malam di semua 180 bilik pameran Perodua di seluruh negara, kata Presiden dan CEO Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here