Proton IRIZ didatangkan dalam pilihan tujuh warna luaran

0
1949

Proton IRIZ yang dilancarkan hari ini tampil dengan ciri-ciri dan spesifikasi yang cukup menarik dan komprehensif. Model kompak sporty dan bergaya itu bakal bersaing hebat dengan model Perodua Myvi yang selama ini sentiasa memegang takhta sebagai kereta paling popular di pasaran Malaysia dari segi jumlah jualan.

Oleh itu bagi memecah dominasi Perodua Myvi selama ini, Proton telah menawarkan Proton IRIZ yang bukan sahaja serba lengkap dengan ciri-ciri keselamatannya yang serba canggih dan mantap, malah dengan penampilan luaran yang anggun apabila ditawarkan dalam pilihan tujuh warna luaran yang boleh dikatakan cukup menarik dan menyerlah.

Ketujuh-tujuh warna luaran tersebut ialah Putih (Solid White), Hitam (Tranquility Black), Perak (Genetic Silver), Merah (Fire Red), Biru (Atlantic Blue), dan dua warna baru yang menarik perhatian iaitu Hijau (Citrus Green) dan Perak Gelap (Silver Moon Dust). Saksikan galeri ringkas di bawah untuk melihat sendiri ketujuh-tujuh warna luaran tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here