Mercedes-AMG GT serba baharu diperkenalkan

0
84

Mercedes-Benz dan AMG telah memperkenalkan model berkuasa tinggi Mercedes-AMG GT, khusus untuk para peminat kereta sport sejati yang mementingkan gabungan prestasi luar biasa di litar dengan ciri-ciri pemanduan harian yang praktikal di jalanan.

Mercedes-AMG GT dibangunkan sepenuhnya secara dalaman oleh Mercedes-AMG, tampil dalam dua varian GT dan GT-S dengan keluaran kuasa yang berlainan. Kedua-dua varian itu dikuasakan enjin V8 biturbo 4.0 liter dengan keupayaan kuasa kuda maksimum 462hp (600Nm) untuk GT, manakala varian GT-S dengan kuasa lebih impresif 510hp (650Nm).

Penjana kuasa berprestasi tinggi itu kemudiannya dihubungkan dengan kotak gear ‘dual clutch’ tujuh kelajuan, membolehkan Mercedes-AMG GT melakukan pecutan dari 0 – 100 km/j dalam tempoh hanya 4.0 saat (kelajuan maksimum 305 km/j), sementara Mercedes-AMG GT-S melakukan catatan hanya 3.8 saat (kelajuan maksimum 310 km/j).

Setakat ini menurut maklumat dari Mercedes-AMG, pasaran UK akan menerima kehadiran Mercedes-AMG GT serba baharu mulai bulan April 2015, sebelum diikuti varian GT-S pada bulan Ogos 2015. Harga rasmi untuk kedua-duanya akan ditetapkan pada Oktober ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here