
Beberapa hari yang lepas penulis terserempak dengan sebuah model motosikal terbaharu yang sedang ditunggang uji oleh Modenas, berdekatan Pekan Gurun, Kedah. Model tersebut mempunyai banyak persamaan dengan model Kawasaki KSR PRO.
Jadi adakah ini bermakna Modenas sedang dalam perancangan untuk membangunkan sebuah model jalanan bersaiz kecil yang diasaskan daripada model Kawasaki KSR PRO? Jika benar, pasti maklumat lain akan muncul selepas ini untuk mengesahkannya.