Proton IRIZ sah nama rasmi Proton Compact Car

0
132

Menjelang pelancaran rasmi model kompak serba baharu keluaran Proton yang ketika ini hanya dikenali dengan nama Proton Compact Car, imej daripada brochure model berkenaan kini mula tersebar di dalam internet.

Apa yang menariknya, maklumat daripada paparan brochure tersebut telah mengesahkan nama rasmi Proton Compact Car ialah Proton IRIZ, seperti mana jangkaan banyak pihak sebelum ini. Nama tersebut sememangnya sangat sesuai dan padan sekali.

Selain itu, maklumat yang diperolehi juga mendapati harga sebenar Proton IRIZ adalah lebih rendah berbanding harga jangkaan yang dikeluarkan oleh Proton sebelum ini. Varian teratas IRIZ misalnya hanya berharga sebanyak RM60,888.00 sahaja.

Proton IRIZ akan dilancarkan esok pada jam lebih kurang 9.00 pagi, bertempat di kilang tercanggih Proton yang terletak di Tanjung Malim, Perak. Untuk maklumat yang lebih tepat, sama-sama kita nantikan perkembangan selanjutnya esok.

Sumber : Funtasticko.net

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here