Suzuki Vitara serba baharu di Paris Motor Show 2014

0
69

Di Paris Motor Show 2014 yang akan dibuka kepada orang ramai mulai 4 sehingga 19 Oktober depan, Suzuki Motor Corporation akan mengadakan tayangan perdana global untuk sebuah model SUV kompak serba baharunya yang bergaya.

Model lima pintu tersebut dinamakan Vitara dan ia menandakan kepulangan semula lencana terkenal yang pertama kali digunakan oleh Suzuki lebih 25 tahun yang lalu, juga pada sebuah model SUV kompak.

Suzuki Vitara serba baharu merupakan model produksi yang diasaskan daripada model konsep iV-4, yang pertama kali dipamerkan di Frankfurt Motor Show 2013. Model itu boleh didapati dengan pilihan sistem pacuan empat roda pintar ALLGRIP.

Sistem penjana kuasanya terdiri daripada enjin petrol dan diesel yang menawarkan pelepasan emisi CO2 rendah dan ekonomi bahan api yang cemerlang dalam kelasnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here