Kit badan R3 untuk Proton Suprima S kini di pasaran

0
188

Ingin menjadikan penampilan Proton Suprima S anda lebih sporty dengan kit badan asli R3? Proton Motorsports melalui laman Facebook rasmi mereka telah mengumumkan ketibaan ‘bodykit’ R3 untuk Proton Suprima S.

Anda boleh lihat hasil pemasangan kit badan R3 itu melalui dua keping gambar Proton Suprima S berwarna merah yang dipaparkan di sini. Harga yang ditawarkan bermula dari RM1,017.00 tidak termasuk kos pemasangan.

Menurut Proton Motorsports lagi, harga berbeza mengikut warna yang dipilih, dan ianya tersedia untuk semua warna luaran Proton Suprima S. Bagi anda yang menempahnya sebelum 28 September ini, diskaun sebanyak 20 peratus akan diberikan.

Untuk maklumat lebih lanjut di mana anda boleh menempah dan membeli, atau untuk menghubungi Proton Motorsports, anda boleh dapatkannya melalui info di bawah :

Visit R3 Studio at Proton Edar Crystal, Centre of Excellence Complex, KM33.8 Westbound Expressway Shah Alam 47600 Subang Jaya, Selangor .+603-8074 5888 . +603- 8026 9400 (Mon – Fri : 8.30am – 5.00pm, closed on public holidays)

Visit R3 Corner at Proton Edar Mutiara Damansara. No,10 Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. (Mon – Sat : 9.00am – 4.00pm, closed on public holidays)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here