Isuzu Malaysia lancar D-MAX Artic Limited Edition

0
150

Isuzu Malaysia dengan rasminya melancarkan varian baharu trak pikap popularnya, Isuzu D-MAX Artic Limited Edition. Tampil lebih bergaya dan sporty, hanya 510 unit model edisi terhad itu keluarkan untuk pasaran tempatan.

Isuzu D-MAX Artic hadir dengan warna luaran putih mutiara dan dilengkapi dengan pelbagai ciri mewah seperti tempat duduk kulit premium Itali, rim aloi perak yang eksklusif, serta lampu LED DRL (Day Running Lights) yang pertama dipasang secara standard terus dari kilang untuk trak pikap di Malaysia

Dua varian ditawarkan iaitu masing-masing dengan enjin VGS Turbo Intercooler Diesel dalam sesaran 2.5 liter dan 3.0 liter. Bagi varian 2.5, kuasa yang dihasilkan sebanyak 136PS (320Nm), manakala varian 3.0 dengan kuasa lebih tinggi 177PS (380Nm). Kedua-dua varian pacuan 4×4 berkenaan dipadankan dengan transmisi automatik.

Di bawah berikut ialah senarai harga Isuzu D-MAX Artic Limited Edition (OTR termasuk kos insuran, pendaftaran individu untuk pasaran di Semenanjung Malaysia) :

  • Isuzu D-MAX ARTIC 2.5L 4×4 (AT) (Roll-bar) : RM106,689.60
  • Isuzu D-MAX ARTIC 2.5L 4×4 (AT) (V-lid) : RM109,189.60
  • Isuzu D-MAX ARTIC 3.0L 4×4 (AT) (Roll-bar) : RM113,459.90
  • Isuzu D-MAX ARTIC 3.0L 4×4 (AT) (V-lid) : RM115,959.90

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here