JPJ umum penetapan harga siling belajar lesen memandu

0
229

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) baru-baru ini melalui laman Facebook rasmi mereka telah mengumumkan penetapan harga siling belajar lesen memandu. Senarai harga yang ditetapkan itu boleh dilihat melalui sekeping imej yang disiarkan seperti di atas.

Berikut ialah kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak JPJ : Harga Siling Belajar Lesen Memandu yang perlu dipatuhi oleh semua Institut Memandu dan Sekolah Memandu yang telah dikuatkuasakan. *tertakluk pada terma & syarat. 

Mana-mana Institut Memandu dan Sekolah Memandu yang mengenakan harga tidak berpatutan boleh dilaporkan terus ke aduan@jpj.gov.my atau berjumpa terus Pengarah JPJ Negeri dan Pengarah Pelesenan Pemandu, Ibu Pejabat bagi tindakan tegas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here