Galeri gambar Yamaha 135LC ES GP Edition 2014

0
2544

Telah berada di pasaran ketika ini, Yamaha 135LC Extreme Spirit GP Edition 2014 diperkenalkan oleh Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd tanpa sebarang promosi awal. Bagi anda yang ingin melihat motosikal tersebut dengan lebih dekat, kebanyakan kedai menjual motosikal di seluruh negara kini sudah mempunyai stok model berkenaan.

Harga Yamaha 135LC Extreme Spirit GP Edition 2014 ini boleh menjangkau sehingga RM7,900.00 bergantung kepada jenis insuran yang dibeli, menurut maklumat yang penulis perolehi dari pekedai yang ditemui baru-baru ini. Model tersebut juga dikatakan hanya dikeluarkan dalam jumlah terhad sama seperti edisi GP Edition yang lepas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here