Chevrolet Malibu LTZ dilancarkan, harga RM153,888.00 OTR

0
93

Pada awal September 2014 yang lalu, NAZA Quest Sdn Bhd selaku pengedar rasmi kenderaan berjenama Chevrolet di pasaran Malaysia, secara rasminya melancarkan model sedan eksekutif Chevrolet Malibu LTZ yang ditunggu-tunggu.

Pencabar terbaharu di dalam segmen D itu dilengkapi enjin Ecotec 2.4 liter dengan teknologi DCVCP (Dual Continuous Variable Cam Phasing), menghasilkan kuasa kuda maksimum 165hp @ 5,800rpm dengan tork puncak setinggi 4,600rpm. Menurut Chevrolet, keluaran kuasa impresif seperti itu menjadikan Malibu antara salah sebuah kereta beraspirasi normal paling berkuasa di dalam kelasnya.

Penghantaran kuasa daripada enjin ke sistem pacuan roda depan disempurnakan oleh transmisi automatik enam kelajuan yang dibangunkan serba baharu dengan mod pertukaran manual. Transmisi tersebut direka untuk menghasilkan pertukaran gear yang lancar serta untuk meningkatkan tahap kecekapan bahan api tanpa berkompromi dengan keupayaan pemanduannya.

NAZA Quest Sdn Bhd menawarkan pelbagai ciri-ciri yang inovatif untuk Malibu, antaranya termasuklah sistem ‘Remote Engine Start with PEPS (Passive Entry Push Start button)’, ‘Tyre Pressure Monitoring System (TPMS)’, ‘High-pressure headlight washers’, ‘electric power operated parking brake and auto headlamp system with auto levelling’, ‘welcome lights’, ‘tunnel detection’, ‘follow-me-home function’ dan lain-lain.

Tahap keselamatan juga menjadi keutamaan apabila Malibu didatangkan dengan dua beg udara depan dan sisi, serta 65 peratus strukturnya dibina daripada keluli berkekuatan tinggi yang membolehkannya menerima penarafan keselamatan lima bintang NCAP. Selain itu, model berkenaan juga mematuhi piawaian perlindungan pejalan kaki (Pedestrian Protection Compliance) di semua pasaran global.

Ciri-ciri keselamatan lain yang melengkapi Malibu ialah sistem keselamatan aktif ‘ABS (Antilock Brake System)’, ‘StabiliTrak® Electronic Stability control System’ dengan ‘Brake Assist’ dan ‘EBD (Electronic Brake force Distribution)’. Untuk pasaran Malaysia, Chevrolet Malibu LTZ ditawarkan pada harga RM153,888.00 OTR, serta didatangkan dengan pakej jaminan 5 tahun atau perbatuan 20,000km (yang mana terdahulu).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here