Perodua Axia catat skor 4-Bintang hasil ujian ASEAN NCAP

0
117

Perodua Axia bakal dilancarkan dalam masa terdekat. Sebelum itu ada baiknya kita melihat dahulu berapakah skor yang diperolehinya melalui ujian pelanggaran yang dijalankan oleh Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).

Menurut keputusan hasil ujian Program Penilaian Kereta Baharu Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) bagi suku ketiga 2014, Perodua Axia telah berjaya mencatatkan skor 4-Bintang untuk kategori Perlindungan Dewasa (AOP) dan juga 4-Bintang untuk kategori Perlindungan Kanak-Kanak (COP).

Pencapaian skor 4-Bintang untuk Perodua Axia itu masih boleh dikatakan baik memandangkan ciri-ciri keselamatan yang dibekalkan kepada model tersebut tidaklah terlalu menyeluruh memandangkan harga jualannya yang sangat berpatutan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here