Jentera istimewa Bugatti Legend “Ettore Bugatti” dengan kuasa luar biasa 1,200PS & 1,500Nm

0
66

Model terbaharu “Ettore Bugatti” Legend baru saja diperkenalkan kepada umum sekitar pertengahan Ogos 2014 yang lalu di acara Monterey Car Week (11 – 17 Ogos 2014), merupakan sebuah jentera berprestasi tinggi edisi istimewa yang cukup berkuasa dengan kehebatan yang begitu luar biasa.

Jentera tersebut diasaskan daripada model Bugatti Veyron 16.4 Grand Sport Vitesse, dikuasakan enjin W16 berkapasiti 8.0 liter yang menghamburkan kuasa maksimum sehingga 1,200PS dengan tork puncak yang menjangkau 1,500Nm di antara 3,000 ke 5,000rpm.

Bugatti Legend “Ettore Bugatti” mampu memecut dari 0 ke 100 km/j dalam tempoh masa hanya 2.6 saat, dengan kelajuan maksimum 408.84 km/j (254 mph with the roof down). Ini menjadikannya sebagai sebuah model roadster versi pengeluaran paling pantas di dunia yang pernah dibina.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here