Lagi tiga keping gambar Proton Compact Car @ Proton Iriz

0
140

Sehingga kini kita semua masih menantikan pengumuman rasmi dari Proton berkenaan tarikh pelancaran model kompak terbaharu Proton Compact Car (PCC) @ Proton Iriz, namun apa yang pasti ianya akan dilancarkan pada penghujung September 2014 ini.

Sementara menantikan ketibaannya, apa kata kita lihat dahulu tiga keping gambar terkini PCC @ Proton Iriz berwarna putih yang telah dibocorkan oleh blog Funtasticko.net baru-baru ini, yang menunjukkan profail depan, belakang dan papan pemuka model tersebut.

Bagi penulis, ketiga-tiga keping gambar itu telah berjaya menunjukkan rekaan luaran dan dalaman PCC @ Proton Iriz yang ternyata sporty dan bergaya. Apa yang penting selepas ini ialah harga yang berpatutan untuk menarik perhatian pembeli untuk memilikinya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here