Kawasaki Malaysia lancar model baharu – Kawasaki KLX150L

0
135

Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd baru saja melancarkan model¬†terbaharunya dalam kategori ‘dual purpose’ untuk pasaran tempatan – Kawasaki KLX150L. Model tersebut tampil dengan gaya yang cukup menawan dan sporty, bersama-sama prestasi yang lebih baik di jalanan ‘off-road’ apabila dipadankan diameter roda yang lebih besar.

Kawasaki KLX150L memiliki roda belakang dalam saiz 18 inci yang seterusnya dipadankan roda depan dengan saiz 21 inci. Enjin model terbaharu itu bersesaran 144cc dengan kombinasi gear 5-kelajuan yang pastinya menawarkan ciri-ciri tahan lasak untuk menempuhi apa jua cabaran yang mungkin dihadapi oleh pemiliknya sewaktu tunggangan.

Untuk pasaran Malaysia, Kawasaki KLX150L dengan kuasa 12hp @ 8,000rpm dan tork maksimum 11.3Nm @ 6,500rpm itu didatangkan dalam dua warna hitam dan warna hijau, dengan tanda harga jualan sebanyak RM9,389.00 OTR. Di bawah berikut ialah paparan galeri ringkas gambar-gambar menarik model berkenaan, saksikan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here