Range Rover Sport SVR dengan kuasa 550PS & 680Nm

0
237

Range Rover Sport SVR, sebuah model SUV paling berkuasa dan paling pantas pernah dikeluarkan oleh Land Rover, telah membuat kemunculan global di Peeble Beach pada 14 Ogos 2014 baru-baru ini. Model tersebut juga merupakan yang pertama ditala oleh SVR, bakal diikuti oleh lain-lain model keluaran Land Rover dan Jaguar pada masa depan.

Berdasarkan data-data rasmi, Range Rover Sport SVR mampu memecut dari 0 – 60mph dalam tempoh hanya 4.5 saat, sebelum mencapai kelajuan puncak 162mph yang dihadkan secara eletronik. SUV berprestasi tinggi itu dijana enjin V8 berkapasiti 5.0 liter yang dibangunkan untuk menghamburkan kuasa maksimum 550PS dan tork setinggi 680Nm.

Digabungkan dengan transmisi automatik ZF 8HP70 lapan kelajuan dan casis pacuan empat roda, ianya telah dioptimumkan untuk menyampaikan prestasi luar biasa dalam apa jua keadaan cuaca. Range Rover Sport SVR direka dan dibangunkan di Britain, ditawarkan pada harga di atas jalan (on-the-road price) sebanyak £93,450. Penghantaran pertama model berkenaan kepada pelanggan dijangka berlaku pada suku pertama 2015.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here