Nissan Sylphy talaan IMPUL diperkenalkan

0
118

Nissan Sylphy serba baharu telah dilancarkan di pasaran Malaysia pada penghujung April 2014 yang lalu. Terkini, model sedan dalam segmen C itu tampil lebih bergaya dan sporty apabila diperkenalkan bersama-sama pakej talaan IMPUL.

IMPUL merupakan sebuah syarikat talaan Nissan yang berasal dari Jepun, yang sebelum ini memperkenalkan Nissan Grand Livina IMPUL, Nissan X-Gear IMPUL dan Nissan Almera IMPUL untuk pasaran tempatan.

Melalui model Nissan Sylphy serba baharu ini, IMPUL menawarkan pakej Aerokit yang bernilai RM3,600.00 untuk varian E dan RM3,000.00 untuk varian VL. Rim aloi IMPUL Aura SX-20 bersaiz 17 inci untuk keempat-empat unit pula berharga sebanyak RM4,500.00.

Melengkapkan lagi penampilan keseluruhan Nissan Sylphy talaan IMPUL ialah set tayar Continental Premium Contact 2 dan ‘sport springs’ yang masing-masing berharga sebanyak RM1,800.00 dan RM1,000.00.

Tentu ramai pemilik Nissan Sylphy serba baharu yang ingin membeli pakej talaan IMPUL untuk digayakan pada kereta masing-masing. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web https://www.impul.com.my/, atau hubungi IMPUL di talian 03-40478786.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here