Preview model konsep McLaren P1 GTR di acara Pebble Beach Concours d’Elegance 2014

0
144

McLaren akan memperkenalkan model konsep rekaan terbaharunya, McLaren P1 GTR, kepada para pengunjung di acara Pebble Beach Concours d’Elegance 2014. Preview eksklusif model berkenaan akan berlangsung pada tarikh 15 Ogos 2014 (Jumaat).

McLaren P1 GTR merupakan sebuah model supercar terkini yang memberikan fokus kepada litar (ultimate track-focused model), dibangunkan atas permintaan ramai pembeli yang mahukan sebuah model edisi litar untuk kegunaan sah di atas jalan raya biasa.

Model berkenaan hanya boleh dibeli oleh golongan berkenaan sebagai sebahagian daripada program komprehensif, yang mana ianya termasuk sesi pemanduan, latihan dan sokongan kenderaan. McLaren P1 GTR akan masuk ke fasa pengeluaran pada bulan Jun 2015.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here