Ducati 899 Panigale kini dipasang di ASEAN, harga terkini RM93,888.00 lebih berpatutan

0
423

Ducati Malaysia mengumumkan model 899 Panigale kini dipasang di ASEAN dan ditawarkan pada harga yang lebih berpatutan melalui penjimatan cukai. Harga terkini Ducati 899 Panigale versi CKD ASEAN yang dipasang di negara jiran Thailand ialah RM93,888.00, lebih rendah berbanding versi CBU yang sebelum ini dijual pada harga RM108,888.00.

Ducati 899 Panigale pada mulanya diperkenalkan di Malaysia pada bulan Oktober 2013 yang lalu sehari sebelum berlangsungnya perlumbaan akhir MotoGP 2013 di Litar Antarabangsa Sepang. Penampilan model berkenaan ketika itu juga mencatatkan sejarah tersendiri untuk Malaysia kerana ianya adalah kemunculan pertama 899 Panigale di pasaran ASEAN. 

Ducati 899 Panigale sebelum ini telah diterima dengan baik oleh para peminat motosikal berkuasa tinggi tempatan. Pada harga jualan terkini yang lebih berpatutan, Ducati Malaysia yakin bahawa jualan untuk model berkenaan akan terus meningkat. Lebih menarik lagi, 50 pembeli pertama 899 Panigale akan ditawarkan harga eksklusif sebanyak RM89,888.00.

Ducati Malaysia turut mengumumkan bahawa mereka juga akan membuka beberapa buah lagi pusat Ducati 3S terbaharu menjelang hujung tahun 2014 ini, selain daripada di Lembah Kelang – di Pulau Pinang, Johor, Kelantan, Pahang, Sabah dan Sarawak, demi layanan yang lebih baik dan menambah nilai kepada setiap pemilikan motosikal Ducati di Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here