BMW X5 versi pemasangan tempatan (CKD) diperkenalkan

0
42

BMW Group Malaysia baru-baru ini telah memperkenalkan model pemasangan tempatan (CKD), BMW X5 yang merupakan model BMW ke-15 yang dipasang di negara ini. SUV dalam segmen ‘Kenderaan Aktiviti Sukan Premium’ (Premium Sports Activity Vehicle) itu ditawarkan dalam dua varian iaitu BMW X5 xDrive35i dan BMW X5xDrive30d.

Oleh kerana kedua-duanya kini adalah versi pemasangan tempatan, senarai harga terbaharu yang diumumkan adalah lebih rendah berbanding model yang diimport sepenuhnya (CBU). BMW X5 xDrive35i versi CKD dijual pada harga atas jalan tanpa insuran sebanyak RM579,800.00, sementara BMW X5xDrive30d berharga sebanyak RM539,800.00.

Kedua-dua varian BMW X5 CKD terbaharu dilengkapi dengan tahap keselesaan pemanduan terkini, pelbagai fungsi unggul dan inovasi keselamatan termaju menerusi Pakej Bantuan Pemanduan BMW. Model berkenaan turut menggabungkan rekaan sporty, prestasi agresif dan mewah menerusi teknologi BMW EfficientDynamics dan BMW ConnectedDrive.

Sumber : Berita Harian (8hb. Ogos 2014, Jumaat)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here