Ford Fiesta kereta terlaris sepanjang masa di UK

0
125

Penulis tidak pasti model kereta apakah yang memegang takhta sebagai kereta yang mencatatkan angka jualan terlaris sepanjang masa di pasaran Malaysia, memandangkan jangka hayat sesebuah model kereta di pasaran negara kita tidak terlalu lama.

Ambil contoh model Proton Wira dan Perodua Kancil. Walaupun kedua-duanya mencatatkan jumlah jualan yang tinggi, namun jangka hayat kedua-dua model itu tidak melebihi 15 tahun. Besar kemungkinan model kereta terlaris sepanjang masa di pasaran Malaysia ketika ini dipegang oleh model Perodua Myvi yang mula diperkenalkan sejak tahun 2005.

Bagaimanapun di pasaran UK, terdapat sebuah model kereta yang telah disahkan sebagai model terlaris sepanjang masa di pasaran negara itu, dengan angka jualan terkini mencapai sebanyak 4,115,000 unit. Model tersebut ialah model kompak Ford Fiesta.

Pertama kali diperkenalkan pada tahun 1976, Ford Fiesta telah menjadi peneraju selama 27 tahun dalam tempoh selama 37 tahun ia berada di pasaran, dan telah menjadi model kereta terlaris di Britain sejak tahun 2009 setelah ia memintas jualan Ford Focus.

Sebelum ini, gelaran kereta terlaris dipegang oleh model Ford Escort apabila ianya terjual sebanyak 4,105,961 unit dalam tempoh 32 tahun, sejak ia memulakan jualannya di pasaran UK dari tahun 1968 sehingga 2000.

Menarik bukan fakta tersebut? Lebih menarik lagi apabila dapat kita ketahui bahawa jualan kereta terlaris sepanjang masa di pasaran UK selama ini dipegang oleh Ford, sebuah syarikat pengeluar automotif ternama dunia yang berasal dari Amerika Syarikat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here