Mazda MX-5 generasi keempat akan diperkenalkan

0
54

Selepas 25 tahun melalui tiga generasi, model roadster legenda Mazda MX-5 generasi keempat serba baharu akan diperkenalkan kepada dunia mulai awal September depan.

Acara memperkenalkan model sport dua tempat duduk terlaris yang memegang ‘Guinness World Record’ itu akan mengambil tempat di Barcelona pada 3 – 4 September, pada masa yang sama acara seperti itu juga akan diadakan di Jepun dan Amerika Syarikat.

Di bawah slogan “Long live the Roadster”, acara berkenaan turut diadakan bagi meraikan ulangtahun yang ke-25 MX-5. Setakat ini sehingga 31 Mei 2014, sebanyak 945,000 unit Mazda MX-5 telah terjual di seluruh dunia sejak ianya dilancarkan pada tahun 1989.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here