Jeep kembali ke pasaran Malaysia

0
139

Khabar gembira untuk peminat kenderaan berjenama Jeep di pasaran tempatan. Menurut laman BH Auto, Jeep dijangka akan kembali ke pasaran Malaysia mulai hujung tahun ini selepas menyepi dalam tempoh sedekad.

Menurut BH Auto lagi, anak syarikat DRB-Hicom, Edaran Otomobil Nasional (EON) telah dilantik oleh Chrysler sebagai pengedar eksklusif jenama berkenaan untuk pasaran Malaysia.

Empat model dijangka menjadi taruhan awal Jeep, iaitu Cherokee KL, Wrangler, Compass dan Grand Cherokee, yang dibangunkan menggunakan platform yang sama digunakan oleh Mercedes-Benz M-Class. Jualan akan dimulakan pada Oktober 2014.

EON selaku pengedar Jeep dikhabarkan sedang dalam persiapan untuk membuka sebuah pusat 3S di Glenmarie untuk memulakan jejak perniagaan terbaharu syarikat itu.

Sumber : BH Auto

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here