Great Wall M4 diumumkan, harga dari RM45K – RM59K

3
278

Pasaran automotif di Malaysia kini bertambah menarik dengan kehadiran sebuah model SUV terbaharu yang berasal dari negara China, dikenali dengan nama Great Wall M4. Diedarkan oleh Go Automobile Manufacturing (GO Auto) yang dilantik sebagai pengedar eksklusifnya, M4 secara rasminya dipertontonkan kepada pihak media di Cyberjaya baru-baru ini.

Dalam majlis yang sama, harga jualan M4 turut diumumkan pada harga permulaan yang cukup kompetetif, bermula dari RM45,000.00 sehingga RM59,000.00. Pelancaran rasmi SUV lima tempat duduk itu dijangka akan diadakan dalam bulan Ogos depan. GO Auto melahirkan keyakinan bahawa model tersebut akan mendapat sambutan hangat pembeli disebabkan faktor harga mampu milik dan ciri-ciri menarik yang ditawarkan olehnya.

Sasaran SUV tersebut adalah pemilik kereta pertama yang berusia di antara 21 hingga 35 tahun, selain mereka yang ingin kereta yang lebih besar untuk membawa keluarga. M4 akan dikeluarkan secara pemasangan tempatan di kilang yang terletak di Gurun, Kedah, dengan sasaran pengeluaran sehingga 50,000 unit untuk tahun ini. Menurut GO Auto, 60 peratus daripada jumlah tersebut akan dieksport ke negara-negara ASEAN yang lain.

Untuk pasaran Malaysia, M4 akan ditawarkan dalam tiga varian iaitu Standard, Comfort dan Premium. SUV tersebut dikuasakan enjin bersesaran 1.5 liter VVT yang mampu menghasilkan kuasa kuda setinggi 78 kW @ 6,000rpm dan tork maksimum sehingga 138Nm @ 4,200rpm. Enjin yang cekap dengan tahap penjimatan bahan api sekitar 6 liter untuk 100km itu dipadankan transmisi manual 5-kelajuan atau automatik 6-kelajuan.

Ciri-ciri keselamatan yang dibekalkan untuk M4 boleh dikatakan lengkap dengan kehadiran dua beg udara,  empat brek cakera, sensor undur, BA (Brake Assistant), ABS, EBD dan ESP. Kerangka model berkenaan juga dibina dengan lebih kukuh termasuk di bahagian bumbungnya, serta didatangkan dengan rasuk anti perlanggaran. M4 tersedia pilihan enam warna luaran yang menarik seperti ‘Pearl Black’, ‘Sky Silver’, ‘Titanium White’, ‘Ocean Blue’, ‘Jazz Red’ dan ‘Fashionable Orange’.

Bagi anda yang berminat untuk melihat dengan lebih dekat M4 terbaharu ini serta memandu ujinya, anda boleh lawati 20 buah bilik pameran Great Wall Motor (GWM) yang terletak di seluruh negara. Setiap pembelian turut disertakan dengan jaminan selama tiga tahun atau 100,000km jarak perbatuan (yang mana tiba terlebih dahulu), dengan penghantaran pertama dijangka bermula sekitar bulan Oktober akan datang.

Sumber : Funtasticko.net

3 COMMENTS

  1. Sé como funciona lo de las reseñas de escritores a esrirtoces, me he llevado alguna buena hostia por eso (alguien me confesó la mentira y la razón para ello) y desde entonces ya ni las miro. No sabía que había una de Piglia pero hubiese dado lo mismo.

  2. I also know that many actors lie on the resume about their interests and hobbies – do the casting directors check all the info? Also what is the normal protocol for a film audition? Any help would be great!!!! Thanks everyone!!!!

  3. Kaia Schroeder Monday, July 30, 2012 – 8:58 pm Another benefit of having you be there to help him get healthy is companionship.  Now that he is on a healthier diet it is important for him to have supportive relationships.  Do you have him plugged in to a vegan/macrobiotic community?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here