Volkswagen Scirocco 2014 terima kemaskini terbaharu, penampilan lebih segar dengan enjin lebih berkuasa

0
88

Volkswagen UK baru-baru ini telah mengumumkan senarai harga terkini untuk model Scirocco 2014 versi kemaskini terbaharu, bermula dari £20,455 RRP OTR (RM111,264.71) untuk varian 1.4 liter TSI 125 PS manual, sebelum meningkat kepada £33,795 RRP OTR (RM183,827.47) untuk varian teratas 2.0 liter TSI 280 PS Scirocco R.

Volkswagen Scirocco terbaharu melakukan debut di pameran automotif antarabangsa Geneva Motor Show 2014 pada Mac yang lalu, 40 tahun selepas kemunculan model pertamanya. Menurut Volkswagen UK, Scirocco terbaharu tampil dengan enjin yang lebih maju yang menawarkan kuasa sehingga 280 PS, namun masih menjanjikan tahap kecekapan bahan api yang ditambah baik sehingga 19 peratus.

Untuk pasaran UK, empat varian Scirocco terbaharu ditawarkan yang terdiri daripada varian Scirocco, GT, R-Line dan R. Pilihan enjin terdiri daripada enam jenis enjin petrol dan diesel ‘turbocharged direct-injection’ terbaharu, yang mana kesemuanya mematuhi standard piawaian emisi EU6 dan memberikan pulangan di antara 67.3 dan 35.3 mpg.

Sistem transmisi untuk Scirocco terbaharu pula tersedia pilihan manual atau DSG enam kelajuan. Di samping itu, kesemua model kecuali Scirocco R kini didatangkan dengan modifikasi teknologi BlueMotion, bermakna ianya didatangkan standard dengan ciri Stop/Start dan juga sistem brek pengembalian tenaga (brake energy recuperation systems).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here