BMW i8 dilancarkan di pasaran UK pada 19 Julai 2014

0
80

BMW i8 merupakan sebuah ‘supercar’ moden untuk masa depan, menjadi model pertama keluaran BMW yang dikuasakan oleh enjin petrol tiga silinder bersesaran 1.5 liter.

Sebagai sebuah model berprestasi tinggi berasaskan teknologi ‘plug-in hybrid’, sistem penjana kuasanya dilengkapi motor eletrik yang mampu menghasilkan kuasa kuda keseluruhan setinggi 362hp, dengan tork maksimum sehingga 570Nm.

BMW i8 mampu memecut dari 0 ke 100km/j dalam tempoh hanya 4.4 saat, sebelum mencecah kelajuan puncak yang dihadkan secara eletronik kepada 250km/j. Pelepasan emisinya serendah 49g/km, di samping ekonomi bahan api yang mencapai 135mpg.

Hadir dengan seni bina rekaan yang ringan, cekap penggunaan bahan api dan disertai oleh teknologi EfficientDynamics termaju BMW, model dengan tempat duduk 2+2 itu mula dijual di pasaran UK bermula hari ini, pada harga bermula dari £94,845 OTR.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here