Generasi baharu Mazda2 didedahkan secara rasmi!

0
100

Mazda kelmarin secara rasminya mendedahkan gambar-gambar menarik generasi baharu model kompak hatchback Mazda2, atau lebih dikenali di pasaran di negara asalnya Jepun dengan nama Mazda Demio. Model tersebut tampil dengan bahasa rekaan (design language) luar biasa ‘KODO – Soul of Motion’ yang penuh bertenaga dan beremosi.

Mazda2 merupakan model keempat keluaran Mazda yang dibangun menggunakan teknologi canggih SKYACTIV sepenuhnya selepas model Mazda CX-5, Mazda6 dan Mazda3. Teknologi SKYACTIV yang dibangunkan oleh Mazda diakui mempunyai tahap ekonomi yang begitu cekap dan menjimatkan, selain lebih bersih dan mesra alam sekitar.

Setakat ini menurut maklumat yang didedahkan oleh Mazda, model serba baharu itu akan dikuasakan enjin diesel SKYACTIV-D 1.5, termasuklah versi enjin petrol SKYACTIV-G 1.5. Bersama-sama badan SKYACTIV, casis, dan transmisi manual dan automatik, ia juga dilengkapi sistem penyambungan di dalam kereta MZD Connect, teknologi keselamatan aktif i-ACTIVSENSE dan ruang dalaman yang luas dan halus buatannya.

Mazda2 (Mazda Demio) akan dilancarkan di pasaran Jepun bermula musim luruh ini, sebelum ianya ditawarkan di pasaran global yang lain. Untuk pasaran Malaysia, dijangkakan Mazda2 serba baharu akan menggantikan model semasanya yang berada di pasaran ketika ini bermula pada tahun depan. Sama-sama kita nantikan kemunculannya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here