Ducati umum ketibaan model terbaharu Monster 821

0
163

Pada 28 Mei 2014 yang lalu, Ducati telah mengumumkan ketibaan Monster 821, sebuah model terbaharu yang diperkenalkan susulan daripada kejayaan generasi terkini Monster 1200 yang sebelumnya diperkenalkan di Milan International Motorcycle Show dalam bulan November tahun lepas.

Ducati Monster 821 dijana oleh enjin 821 Testastretta 11° dengan kuasa setinggi 112hp dan tork maksimum 65.9ft-lb. Telah berada di pasaran UK mulai Julai 2014, Monster 821 boleh didapati dalam pilihan warna merah Ducati dengan kerangka merah dan roda berwarna hitam, atau warna putih sutera (star white silk) dengan kerangka merah dan roda merah ‘matte’ pada harga £8,995 (SRP).

Ducati Monster 821 juga boleh didapati dalam versi Monster 821 Dark yang muncul dalam warna gelap (dark stealth) dengan kerangka hitam dan roda hitam, pada harga £8,795.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here