GWM Haval M4 berharga dari RM4X,XXX.XX

0
177

Menjelang pelancaran rasmi GWM Haval M4 di pasaran tempatan, Green Oranges Sdn Bhd (GOSB) selaku pengedar rasmi jenama Great Wall di pasaran Malaysia kini sedang giat mengadakan promosi awal untuk model SUV kompak berkenaan.

Antara yang menarik perhatian ramai ketika ini ialah harga permulaan untuk model tersebut yang boleh dikatakan sangat berpatutan. Merujuk kepada ‘teaser’ di atas, harga untuk GWM Haval M4 diumumkan akan bermula serendah dari RM4X,XXX.XX sahaja.

Menurut maklumat dari laman FB Great Wall Motors Malaysia (GWM) Official pula, senarai harga lebih lengkap akan diumumkan sewaktu majlis pelancaran ‘soft launch’ yang akan diadakan pada tarikh 16 Julai 2014 akan datang.

p/s : Semakin kompetetif pasaran automotif di negara kita. Tidak mustahil GWM Haval M4 ini akan menjadi pilihan pembeli, tambahan pula tahap penggunaan petrolnya dikatakan sangat menjimatkan pada kadar 5.4 liter untuk setiap 100 kilometer perjalanan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here