Demak ATM 200 di pasaran, harga sekitar RM6K – RM7K

0
1687

Selain daripada jentera sporty Demak Skyline 200 yang begitu mendapat perhatian ramai, terdapat sebuah lagi model baharu keluaran Demak yang telah berada di pasaran ketika ini.

Dikenali dengan nama Demak ATM 200, model tersebut boleh dikatakan berada di dalam kategori ‘cruiser’ untuk tunggangan yang lebih santai dan bersahaja.

Sama seperti Demak Skyline 200, Demak ATM 200 turut dikuasakan oleh enjin bersesaran 200cc, berkemungkinan besar ianya adalah enjin yang sama untuk kedua-dua model.

Untuk makluman, tidak banyak maklumat yang penulis ketahui mengenai model terbaharu Demak ATM 200 ini, kecuali harganya yang ditawarkan dalam lingkungan RM6K – RM7K.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here