Model terbaharu Isuzu D-Max V-Cross 3.0 kini di pasaran

0
131

Seperti mana dimaklumkan sebelum ini, Isuzu bakal melancarkan varian baharu trak pikap popularnya dengan enjin yang lebih berkuasa. Dikenali dengan nama Isuzu D-Max V-Cross 3.0, model tersebut telah pun berada di pasaran dalam tiga varian yang berbeza iaitu V-Cross 3.0L 4×4 MT, V-Cross 3.0L 4×4 AT dan V-Cross SAFARI 3.0L 4×4 AT.

Ketiga-tiga varian terbaharu Isuzu D-Max V-Cross 3.0 itu dikuasakan enjin bersesaran 3.0 liter (In-Line 4-Cylinder VGS Turbo Intercooler Diesel DOHC 16V) yang menghamburkan kuasa setinggi 177PS @ 3,600rpm dengan tork maksimum 380Nm @ 1,800 – 2,800rpm. Sistem transmisi yang dipadankan ialah manual dan automatik lima kelajuan.

Antara yang paling menyerlah di antara ketiga-tiga varian tersebut ialah D-Max V-Cross SAFARI 3.0L 4×4 AT yang tampil dengan spesifikasi dan pakej aksesori serba lengkap. Penampilan sporty varian berkenaan juga kelihatan sangat memikat, tambahan pula apabila ianya dikenakan warna luaran oren (Venetian Orange Mica) yang garang.

Untuk pasaran tempatan, Isuzu D-Max V-Cross 3.0 terbaharu ditawarkan pada harga seperti senarai berikut (pendaftaran individu, harga di atas jalan dengan insuran):

  • Isuzu D-Max V-Cross 3.0L 4×4 MT : RM101,343.90
  • Isuzu D-Max V-Cross 3.0L 4×4 AT : RM107,459.90
  • Isuzu D-Max V-Cross SAFARI 3.0L 4×4 AT : RM118,485.90

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here