Demak Skyline 200 kini di pasaran

0
1899

Jenama motosikal tempatan Demak di pasaran ketika ini boleh dikatakan menawarkan pelbagai model yang menarik, antaranya termasuklah jentera ‘naked’ dengan enjin 200cc seperti model Demak DZM 200 (sila rujuk di sini).

Paling terkini ialah sebuah lagi jentera ‘naked’ yang tampil lebih sporty dan menawan, dikenali dengan nama Demak Skyline 200. Pemilihan nama ‘Skyline’ mungkin menggambarkan jentera dua roda itu mempunyai prestij seperti kereta sport Nissan Skyline.

Demak Skyline 200 dikuasakan enjin 200cc sama seperti model Demak DZM 200, namun apa yang membezakannya ialah penampilan keseluruhannya ternyata berbeza. Sekali imbas dirasakan Demak Skyline 200 ini mengambil inspirasi daripada model Kawasaki Z800.

Berkenaan harga, Demak Skyline 200 ditawarkan pada harga di antara RM9,000.00 sehingga RM10,000.00. Harga sebenar mungkin bergantung kepada tawaran terbaik yang diberikan oleh pihak penjual, jadi anda perlu bijak memilih kedai sebelum membeli.

Demak Skyline 200 ditawarkan dalam empat pilihan warna yang menarik iaitu biru, hijau, merah dan hitam. Pada pendapat anda, adakah Demak Skyline 200 ini merupakan sebuah pilihan yang terbaik berbanding model-model lain di pasaran?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here