Koenigsegg Agera S dilancarkan untuk pasaran Malaysia

0
225

Selain daripada jenama terkenal seperti Porsche, Ferrari dan Lamborghini, terdapat sebuah lagi jenama yang agak kurang didengari di negara kita – Koenigsegg. Jenama yang berasal daripada Sweden itu terkenal sebagai pengeluar kereta berkuasa tinggi di dalam kategori Hypercar, salah sebuah daripadanya ialah Koenigsegg Agera S.

Bagi sesebuah kereta yang diletakkan di dalam kategori Hypercar, kuasa yang ada padanya semestinya sangat tinggi dengan kelajuan pecutan yang begitu luar biasa. Koenigsegg Agera S misalnya dilengkapi enjin V8 bersesaran 5.0 liter bi-turbo yang mampu menghamburkan kuasa kuda maksimum 1,030hp, bersama-sama tork maksimum setinggi 1,100Nm.

Kelajuannya? Koenigsegg Agera S mampu melakukan pecutan dari angka 0 ke 100 km/j dalam tempoh sesingkat hanya 2.9 saat, sebelum mencapai kelajuan puncak mencecah 400 km/j. Berita baiknya bagi anda yang mampu untuk memilikinya, Koenigsegg Agera S kini ditawarkan di Malaysia oleh Naza Swedish Motors Sdn Bhd, bakal dijual pada harga bermula dari RM5 juta sebelum dikenakan cukai. Menarik sekali bukan?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here